Perpustakaan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) merupakan antara Perpustakaan Khusus paling awal ditubuhkan iaitu pada tahun 1905.
Ketika itu Perpustakaan Kementerian Pertanian berfungsi sebagai biro penerangan hal-hal berkaitan pertanian di bawah Jabatan Pertanian Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Department of Agriculture Federated Malays States).